Archive for October, 2008

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kelisa tadi. “Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda

berusia dalam lingkungan 20an.”a’ha rosak “jawap pakcik tu simple aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea. “worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie… “Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah

ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!’ *

Comments 1 Comment »

Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

___________________________________________________________________________ _____________________________________

Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hindun binti Mat Tiga Tiang yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di
masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan Tabung Haji saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari
kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung
oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang
bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus
kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini.
Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang
lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali
ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin.
Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan
program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Comments No Comments »

Seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya… .sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

“awak sakit ke?”..tanya lelaki itu “tak lah”, jawab isterinya ringkas “kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”

Best baca sampai abis!!!. It’s true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki…

“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

“Ibu, ibu…engkau lah ratu hari ku…..”

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott,peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut… And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!!

Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI…

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku….(from my friend)

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang … Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she’s gone for a short holiday).

Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”, aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth…Tapi, masuk hari ketiga, i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’ , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil… Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop…Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun…. belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini, dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama² keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang² bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi… penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita… tak rela!!! So to all mums and wives out there… life will be meaningless without You mothers)…. uuwaaaaaaaa! !

sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

Comments 1 Comment »

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja…
Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1.Keluarga
2.Hartanya
3.Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1.Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.
“Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara”
Ketika Mayat Siap Dikafan …Suara Dari Langit Terdengar Memekik,”Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.
“Ketika MayatDiusung. … Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.
“Ketika Mayat Siap Disholatkan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.
“Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat…. terdengar Suara Memekik Dari Langit,”Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.
“Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .
Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku…. .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. .
Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,….
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, “Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku”
Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal…!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW.
menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.
Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

Comments 2 Comments »